Friday, 11 November 2011

Sedikit Perkongsian Tentang Bagaimana Membina Jadual Waktu Sekolah

aSctimetables software
Tutorial Percuma:
Tugasan Membina Jadual Waktu Sekolah.



Ini adalah sedikit perkongsian tentang satu tugasan yang agak menguji kesabaran dan ketelitian. Pentadbir sekolah atau guru-guru jadual sudah pasti terlibat secara langsung dengan tugasan ini paling kurang sekali setahun. Software ini amat berguna, kerana apabila sudah siap untuk pertama kali, ia secara outomatik akan menjadi templete untuk jadual akan datang.

Bukan setakat itu sahaja, yang lebih menarik ialah ia dapat digunakan untuk software asc substitution untuk penyiapan jadual relief harian di sekolah. Amat mudah dan menarik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pembinaan Jadual Waktu

Terdapat beberapa langkah awal atau draf yang perlu diambil kira dan tetap dilakukan secara manual di antaranya ialah:
  1. Penentuan guru-guru kelas.
  2. Penelitian terhadap prasyarat-prasyarat khas yang ditentukan seperti di dalam pekeliling khususnya KSSR dan KBSR.
  3. Prasyarat khusus untuk GB, GPK, Guru Penyelaras Bestari, Guru Data, Guru Media/Sumber, Guru Disiplin dan yang berkaitan.
  4. Prasyarat pembahagian susunan dan berapakah waktu single dan double.
  5. Prasyarat dalaman seperti menggabungkan 3 kelas P.Moral menjadi 1 kelas sahaja pada waktu P.Islam.
  6. Menentukan guru yang berpasangan, seperti guru jQAF dan guru pemulihan. 
  7. Mentiadakan P.Jasmani pada hari Isnin kerana perhimpunan.
  8. Menjadikan kelas PJ tahap 2 serentak 3@2 kelas dengan diajar oleh guru lelaki dan guru perempuan supaya memungkinkan pengasingan murid L/P jika diperlukan.
  9. Menjadikan kelas B.Cina 1 kelas dan B.Tamil 1 kelas pada waktu serentak dengan waktu B.Arab.
  10. Penetapan kelas ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains.
  11. Menyediakan draf induk secara manual atau dlm microsoft excell yang mengandungi 
    1. Kolum 1: Kelas-kelas dari darjah 1 hingga 6
    2. Kolum 2: Guru kelas masing-masing
    3. Kolum 3: Guru-guru utk subjek BM
    4. Kolum 4: Guru-guru utk subjek BI dan subjek-subjek seterusnya. almaklum.
    5. Sekiranya ada guru yang inginkan templete softcopy draf ini dalam dalam format excel, boleh dapatkan melalui link ini:  template
Kemudian, langkah seterusnya yang perlu dilakukan ialah:

1. Download aSc software di sini  free unlimited trial!
2. Install
3. Mulakan software
4. Semak tutorial
5. Mulakan satu jadual baru (creat new)
6. Isikan data asas
7. Isikan data semua matapelajaran
8. Isikan data semua kelas
9. Isikan data semua bilik khas spt makmal, bilik media dll
10. Isikan data semua nama guru
11. Isikan data pengajaran (lessons)
12. Semak semua data mengikut peruntukan KBSR dan KSSR.
13. Test & Generate. dan...
14. Jadual pun siap. ( jadual boleh dimurnikan lagi secara manual)
 dan di bawah ini contoh jadual softcopy jadual yang sudah siap
   jadual 2013


PERINCIANNYA... klik di sini..

Ada banyak lagi...
Segala permasalahan anda tentang jadual waktu semua akan terjawab di asc online help

 sila klik. di sini...
aSc online help.  sila klik.